My Very First Post

Assalamualaikum WBT

Thankyou dan terima kasih kerana sudi melawat ke web page / blog saya. Ini merupakan entry pertama so saya ingin menceritakan sedikit alkisah mengapa blog ini wujud. Blog ini diwujudkan untuk saya post karya karya yang saya bakal hasilkan bersama team Mukhrizlatif & Udeyismail Photography. 

Semua bermula pada suatu pagi dimana saya telah menerima email dari pihak Mukhrizlatif & Udeyismail Photography mengatakan saya dijemput hadir ke sesi interview Mukhrizlatif & Udeyismail Photography bagi program apprentice mereka pada 11 September 2012.Semasa sesi ini dijalankan kami telah disoal berkenaan beberapa soalan basic photography, gear apa yang digunakan dan sudah berapa lama menceburi bidang ini. Abang Udey orangnya sempoi dan abang Mukhriz,nampak sedikit tegas ketika bekerja. Kemudian kami di  interview lagi oleh para senior photographer di Mukhrizlatif & Udeyismail Photography iaitu Faiz Ghazali,Mohd Ming,Syimmir Izzaffy, Shah Fariz dan Nur Azmie. They are a bunch of cool and sporting guys. Sedikit sebanyak tips telah di-share dan kami berasa seperti sebuah keluarga. 

Selang beberapa hari,saya menerima email lagi dari Mukhrizlatif & Udeyismail Photography mengatakan saya telah berjaya dan layak mengikuti program apprentice ini dan dikehendaki hadir pada 18th September bagi sesi pertama. Kami diarahkan membawa 20 gambar karya terbaik sendiri dan 20 karya terbaik dari photographer luar dan akan diadakan satu critic session . Di sesi ini, saya telah belajar pelbagai ilmu baru yang dulunya saya tidak pernah tahu.Pada saya,gambar-gambar yang dibawa amat menarik,tetapi pada mereka,gambar-gambar itu mempunyai banyak kelemahannya. Critic session ini memberikan input yang cukup banyak buat saya dan berasa kagum dengan cara mereka meneliti sesuatu gambar.

Untuk minggu ini pula,kami diberikan satu task iaitu merakam 5 gambar cincin yang kreatif. Saya sudai sediakan 5 gambar tersebut dan akan dinilai malam ini. Teruskan follow blog ini untuk melihat perkembangan dan hasil gambar saya bersama team Mukhrizlatif & Udeyismail Photography di post post yang akan datang. 

Thank you. Salam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s